Friday 24 August 2012

Homestay Kondo di Johor Bahru


Kondominium Persiaran Tanjung, Bukit Alif Johor Bahru, kondo 3 bilik untuk di sewa. Hanya kepada penyewa Islam sahaja. Tingkat 13. Persekitaran yang diminati ramai di Bandaraya Johor Bahru terutama dari keluarga yang ramai.

Bilik-bilik:

- Bilik Tidur Utama (Master Bedroom) Katil kelamin, almari baju,  kipas syiling, bilik air sendiri dengan pemanas air.

- Bilik Tidur Kedua, kipas, katil kelamin, almari bilik air berkongsi.

- Bilik Tidur Ketiga, kipas, satu katil bujang dan tambahan tilam.

- Banyak tilam dan bantal tambahan serta toto, boleh sehingga 8-10 orang dalam satu masa. Ruang tamu boleh dijadikan tempat tidur.

Lain-lain kemudahan:

- Ruang Tamu ( Sofa Set/TV, Pemain DVD)
- Selimut (6), Tuala (3) disediakan.
- Ruang Dapur berserta kitchen kabinet(Peti Sejuk/kattle)
- Penggosok baju (Iron) disediakan.
- Mesin Basuh Auto Samsung 6.5kg (sabun basuh disediakan  percuma).
- Rumah dilengkapi gril besi lengkap untuk keselamatan kanak-kanak.

Kemudahan di Luar Rumah/ Dalam Kawasan Kondo:

- Lif yang baik dan cepat.
- Kolam Renang
- Kedai Makan Mengadap Kolam Renang ( siang dan malam)
- Kedai runcit
- Dobi
- Gymnisiom (RM 10) sekali masuk.
- Taman Permainan
- Surau
- Kawalan Keselamatan 24 jam

Kadar Sewa:



- Isnin hingga Khamis  RM220/semalam

- Jumaat hingga Ahad dan cuti perayaan RM 250/semalam



Waktu Masuk dan Keluar:

-12.00 tengahari

Homestay ini terletak di Kawasan Elit:

- Berdekatan Plaza ANGSANA yg terkenal di JB (jarak 400 meter)
- Berdekatan MYDIN MART yg terkenal di JB(300 meter)
- Berdekatan Masjid Bandar Baru Uda. (400 meter)
- Berdekatan JAKEL (600 meter)
- Berdekatan dgn Ambank,Bank Islam,RHB Bank,Cimb Bank, Hong Leong Bank.
- Pusat bandaraya JOHOR BAHRU (8 km)
- Pusat Pemeriksaan Imigresen (CIQ) ke Singapura (12 km)
- Hospital Pakar Putri & Pakar Johor (8 km)
- Hospital Sultanah Aminah dan Sultan Ismail (7 km)
- Hospital Permai (2 km)
- LEGOLAND (10 km)

Pasaraya / Pusat Beli Belah:
- Pasaraya MASLEE (300 meter)
- Pasarara MEDAS (500 meter)
- Pasaraya Gaint Tampoi ( 500 meter)
- Pasaraya  Kip Mart (2 km)

Kemudahan Teksi:

- Teksi begitu senang dan banyak  untuk dihubungi atau menunggu di luar kondo.


Sila Hubungi :

018 9126920 (Hasnol) boleh sms.
Email : 1302Tanjong@gmail.com

(Tempahan dibuka sekarang) (Tempahan awal digalakkan untuk mengelakkan kesulitan)


Bagaimana Hendak Ke Homesty Ini ?

Dari arah lebuhraya Utara-Selatan, keluar ke tol Skudai dan terus ke Johor Bahru. Belok ke kiri di ANGSANA Johor Bahru. Terus di simpang empat Menara Jati LHDN. Tidak jauh dari situ ada simpang empat dan belok ke kiri. Buat u-turn di simpang empat dan berjumpa Kondominium Persiaran Tanjung. Dilengkapi pengawal keselamatan.

Letak kenderaan

Hanya satu kenderaan sahaja mempunyai tempat. Sekiranya lebih, boleh letak di luar kawasan kondominium.

Temujanji Awal

Berminat ? Sila buat tempahan awal.
..................................................................................

Pengalaman Jalan-jalan

Saya lebih suka tinggal di homestay apabila ke mana-mana destinasi ke seluruh Malaysia. Kenapa ? Rasa tidak selesa tinggal di hotel kalau datang satu keluarga. Dengan isteri, anak-anak dan pembantu rumah, memang sesuai tinggal di homestay. Tahun lepas saya, ke Jitra, Kedah dan tinggal di homestay dengan bayaran RM 200 sehari iaitu rumah teres 3 bilik. Seronok tengok anak-anak buat macam rumah sendiri termasuk baring depan tv dan tinggal semalam 2 malam.

Kalau sewa hotel sudah tentu kena sewa tiga bilik dengan anak-anak kena tidur bilik lain. Bayaran pula sudah tentu 3 kali ganda.

"KEGIATAN MAKSIAT ADALAH DITEGAH SAMA SEKALI"

No comments:

Post a Comment

Dijemput untuk memberikan komen yang membina.Terima kasih